My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Sunday 5 June 2016

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum.


Seperti sedia maklum, kita bakal menyambut Ramadhan yang mulia. Kadang-kadang aku dan kau cuma menjadikan itu sebagai ayat penyata. Tak pernah mahu memahami apakah yang terkandung dalam bulan Ramadhan.


Jangan lupa.


Aku dan kau perlu cari, gali dan fahami apa yang sepatutnya. Antaranya apa yang ada dalam Ramadhan.


Seperti aku, masih mencari-cari sesuatu yang baru untuk mengubah diri aku. Ada banyak persoalan yang sebelum ini aku tak pernah ingin mencari kini membuatkan aku tertanya-tanya.


Perubahan yang positif aku harapkan. Semoga bukan hanya diri aku sahaja, tapi diri kau juga.


Aku bukan yang baik. Jauh lagi terbaik. Tetapi aku mahu menjadi baik. Walaupun aku sendiri tak tahu apa caranya.


Keliru?


Bagi aku itu bagus. Bila kita keliru, kau dan aku akan cuba mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Apa-apa sahaja persoalan yang boleh membawa kita dekat kepada-Nya. Menambah cinta kepada kekasih-Nya juga.


Semoga apa yang telah kita nyatakan bertahun-tahun selama ini bukan hanya ayat penyata semata-mata. Tetapi kita dapat mencari persoalan dan membawa kita kepada satu fasa baru dalam kehidupan. Improve. Itu keywordnya mungkin...


Yang pasti kali ini Ramadhan aku berbeza. Dia tiada lagi bersama-sama dengan aku. Dan aku berdoa supaya aku dapat berubah menjadi lebih baik supaya dapat membantu dia di sana.


Doakan aku.


Semoga kau juga bercita-cita mahu menyelamatkan orang yang paling kau sayang di sana. Bukan hanya sayangkan seseorang di dunia ini sahaja.


Salam Ramadhan buat semua. Semoga kita dapat temui apa yang kita hendak dan perlukan dalam kehidupan ini pada Ramadhan kali ini.


Assalamualaikum.


Sayonara.

3 comments:

Followers