My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Tuesday 31 May 2016

Life - 5 Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum.

Selamat bercuti to alls kaum budak sekolah. Tak kisahlah sama ada sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pra-u sekalipun.


Ehem. Tak salah aku ada jugak budak U tengah cuti sem kan? Kalau betul- selamat bercuti. Kalau salah- selamat tak bercuti. *angkat ibu jari*


Hidup aku sebagai anak tunggal memang tak pernah berenggang dengan ibu aku dulu. Dialah satu-satunya yang fahami aku dan paling rapat dengan aku memandangkan aku memang tak ada ramai kawan.




Yang pakai skirt tu chinese. Tapi dekat junior mengaku nama Siti Atikah. Cis.





Sebelum ni memang ramai orang tanya aku soalan yang sama.


"Kau duduk sorang-sorang dekat rumah tak boring ke?"


"Tak adalah. Macam-macam aku buat."


Tapi itu waktu ibu aku masih ada. Nampaknya kehadiran dia, walaupun aku tak buat apa-apa aktiviti dengan dia, membuatkan hidup aku tak rasa kosong.


Lepas habis je exam hari selasa lepas, aku terus tak datang sekolah. Maknanya aku dah bercuti selama 6 hari. OMG !


Hari ini aku rasa nak hantuk kepala aku dekat dinding sebab rasa bosan sangat.


Okay aku terus bagitahulah apa lima aktiviti cuti sekolah aku.




  • First - Masak.


Dulu aku memang tak pandai masak. Sejak ibu aku sakit, aku terus belajar masak. Bila cuti macam ni, aku selalu ketandusan idea nak masak lauk apa. Ayah aku suka ayam je sampai aku dah muak nak masak ayam. Tapi aku tetap masak sebab aku nak ikut macam ibu aku. Biasanya kami memang teramat jarang beli lauk siap.

Btw, lauk ibu memang the best. Sekarang aku memang jeles bila scroll whatsapp, wechat atau fb bila ada kawan-kawan aku share mak dorang masak.




  • Second - Tengok tv


Huhuhu... waktu exam week hari tu memang aku banned kan diri aku daripada tengok tv. Kecuali tv3 pukul 7. Ehem.

Sekarang ni aku tengok tv8 dari 8.30 sampai 10.30 malam. Ada siapa-siapa yang tengok tak?




  • Third - Online


Wechat.
Whatsapp.
Facebook.
Blog.
Instagram.
Manga here.

Those are my social media. Ada lagi tapi tak berapa sangat aku layan. Hahahaha.




  • Fourth - Baca buku


Aku berazam nak habiskan semua buku yang aku beli dekat PBAKL.

Malangnya.

Buku Catatan Mat Luthfi yang aku beli pada 4 Julai 2015 di Aeon Wangsa Maju masih on the way.





  • Fifth - Special edition.













































Tidur.  *krohhh krohhh*


Sayonara.

Monday 30 May 2016

7 Perkara Yang Perlu Ada Dalam 'Senarai Semak Resume' Untuk Temuduga

Assalamualaikum.


Mungkin ada yang tengah menyiapkan resume untuk temuduga kerjakan? Okay, kali ini aku akan kongsikan 7 senarai checklist yang perlu ada dalam resume anda.




Good luck !

Friday 27 May 2016

Lirik Lagu Hang Pi Mana





  • Lagu : Harry Khalifah



  • Lirik : Yabang Khalifah





Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana




  • Komen personal :


Aku suka lagu ni, Lirik lagu ni sangat cute. Walaupun aku bukan orang Utagha, aku suka dengar bahasa dia. Lagi satu maksud lagu dia bagus.

Adalah jugak kawan-kawan aku yang perlekehkan lagu ni sebab kawan-kawan aku layan lagu Sudah Ku Tahu- Projector Band je. Dok ber 'haaaaa haaaaa' je memanjang. Tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menghasut kawan aku Chinese dengar lagu ni. Suka sangat dia nyanyi lagu ni.

Btw jangan lupa lagu ni berkait dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik guard.

Dulu aku suka betul dengan lagu Cikgu Ayu kumpulan ni. Pernah dengar tak? 

Review : Bloody Monday Season 1






  • Tajukブラッディ・マンデイ



  • Genre Action, suspense



  • Pelakon


Bloody Monday2-Haruma Miura.jpgBloody Monday2-Takeru Sato.jpgBloody Monday2-Michiko Kichise.jpg
     Haruma Miura                Takeru Satoh                 Michiko Kiseki
        
   (Fujimaru Takagi)             (Otoya Kujo)               (Maya Orihara)





  • Episod : 11



  • Lagu temaOver the rain ~Hikari no Hashi~ by flumpool





  • Sinopsis


Negara Jepun akan diserang oleh sekumpulan pengganas yang ingin menyebarkan virus di negara itu yang diseludup daripada negara Rusia. Virus tersebut dikenali sebagai Bloody X. Jadi sebuah organisasi yang menjaga keselamatan awam Jepun iaitu Third-i meminta pertolongan daripada Takagi Fujimaru juga dikenali sebagai Falcon, seorang hacker yang genius untuk mengetahui  apa yang telah terjadi di Rusia. Di sebalik kejadian ini, ayah Falcon yang merupakan ahli Third-i juga terlibat dengan kumpulan pengganas tersebut. Falcon menggunakan kemahirannya untuk memastikan kebenaran tentang keterlibatan ayahnya dengan kumpulan tersebut, Selain itu, dia terpaksa memastikan orang disekelilingnya selamat daripada ancaman kumpulan pengganas itu,


  • Rating : 5 / 5



  • Komen personal :


Superb! Non-lovey dovey story. Aku pernah tengok pelakon watak Falcon dalam drama Samurai Highschool. Bila aku tau dia berlakon dalam drama ni terus aku tengok. Aku suka reaksi muka dia waktu dia tengah menggodam. Yeah, aku suka watak dia dalam season 1 berbanding season 2. Sebab season 2 aku lagi suka dengan watak J. Senyuman dia... Fulamak!

Oh, kalau kau peminat Attack On Titan mesti tau movie manga ni.  Haruma Miuralah yang watak utama dalam movie tu. Mesti best ni!

Ok.

Jadi kalau anda tak sukakan drama cinta, aku cadangkan kau tengok drama ni, Best !

Thursday 26 May 2016

No Life !

Assalamualaikum,






Aku ni dah lama dah decorate blog ni. Rasa macam terlampau kosong. Tak ada 'soul' langsung.


Tapi aku sendiri tak siap-siap design gambar kelas aku untuk majalah sekolah. Asyik kena reject je. Hmmph....


Hidup aku sekarang ni memang dah tak ada motivasi. Siap bergolek dekat atas katil main CatLife. Aku rasa sangat sunyi bila ibu aku dah tak ada.


Bcoz I miss her so much.

INIBLOGKE PRELOVED NOVEL GIVEAWAY




Momen2 Mat Luthfi by Mat Luthfi

*klik banner*

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Wednesday 25 May 2016

Selesai STPM P2

Assalamualaikum.







Semalam hari terakhir peperiksaan STPM .


Lega?


Aku rasa tak lega langsung sebab aku paling takut paper seni.
Heh, seni?


FYI, seni untuk sem 2 hanya melukis. Dalam peperiksaan 3 jam sahaja masa diberikan untuk melukis.


Aku rasa aku tak melukis dengan baik semalam. Biasalah exam seni petang. Moodpun dah ke laut tengok budak-budak yang exam sejarah ataupun kimia (tak salah aku) semua dah balik. Siap gelakkan budak-budak seni sebab kena balik pukul lima.


Sampai hati betul.


Semalam soalan seni berkait dengan pengkaryaan. Maksudnya cuma kena lukis apa yang kita nampak.


Keyword dia : nampak.


Sangat masalah bagi aku disebabkan soalan tu suruh lukis dari satu sudut je. Aku terpaksa ke belakang dan aku tak berapa nak nampak.


Paper lain aku rasa okaylah sebab soalan semua agak senang. Tapi kalau soalan senang, cuak pulak dengan jawapan skema. Takut jawapan aku tak sama dengan skema jawapan.


Apa-apapun aku paling takut dengan keputusan paper seni aku.


Doakan aku.


Sayonara.


Monday 2 May 2016

Hiatus - Sem 2

Assalamualaikum.


Yuhuu to all my juniors. Nope. My future juniors. Or I should type... my temporary future juniors?


Ehhh.


Tiba-tiba pulak. Manalah tau kut ada pulak bakal junior aku yang bukak blog aku. Dah alang-alang nanti kau masuk tingkatan enam 4 haribulan ni, kan?


Lol.


So, aku nak ingatkan dekat kamu semua bakal junior. Tolong jangan buat senior stress sebab kami bakal menduduki peperiksaan lagi dua minggu.


Selamat menempuh kehidupan baru.


Contohnya, cikgu akan bising dekat korang suruh cari pakwe cepat-cepat. Eh?


Hahaha...


Sayonara.

Followers