My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Tuesday 28 June 2016

Radio Kesayangan Hamba

Assalamualaikum.


Aku ada sebuah radio. Warnanya hitam. Siap ada tempat letak kaset. Umurnya lebih tua daripada aku. Radio itu sudah berbelas tahun mennjadi peneman hidup aku. Dah masuk puluhan tahun bagi ibu aku.


Aku dengan ibu aku mula bengang bila radio itu mula memainkan lagu rock dalam versi sayup-sayup. Lagu jiwang pula kedengaran pula kedengaran seperti lagu Hawaii.


Atau dengan kata lainnya. Radio itu mula buat hal. Dah tua. Diapun tahu rasa penat juga.


Tapi aku sedih sangat. Beberapa hari lepas ibu aku meninggal dunia, radio itu terus jadi bisu. Lampu merah yang menjadi tanda kehidupannya gelap. Kadang-kadang berkelip-kelip. Dan tetap bisu. Aku terasa dunia gelep seketika.


"Tak apalah. Tuan asal kau baik dengan kau. Pandai membelai dan jaga kau. Tak macam anak dia ni. Ganas sangat sampai nak gegarkan kau. Bersemadilah engkau."


Sebagai tanda peringatan. Aku tak pernahpun alihkan radio itu. Cukuplah aku dapat melihatnya.



Radio kesayangan hamba.   ;)























Tapi tadi. Selepas empat bulan. Aku cuba onkan suis. Lampu merah itu masih berkelip-kelip.


Pap!


Pap!


Pap!


Akhirnya radio tu boleh menyanyi balik dengan sungguh sedap ~!


Aku pasang volume kuat. Aku sure kalau ibu aku ada mesti dia bebel marah aku. Siap kata radio tengah main lagu gila. Perlahankan. Perlahankan.


Tapi kali ini. Dah empat bulan dah tak berbunyi. Biarlah aku dengar puas-puaskan? *gelak jahat dalam hati*


Sayonara.

4 comments:

  1. aku pun ada radio lama. nak simpan benda klasik macam ni sbb susah nak dapat sekarang

    ReplyDelete
  2. saya pun ada radio warna hitam. dah lama tak on tapi condition still tip top

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyoo... yang mahal tu perkataan tip top tu *tabik*

      Delete

Followers