My status

 Keep running till the end of your journey ! 
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, 29 June 2016

Kawaiiest Blog

Assalamualaikum.


Hahahaha. Aku rasa terserlah grammar aku yang salah dekat title tu. *gelak golek-golek*


Tadikan (sewaktu entri ditulis) aku pi jenguk satu blog ni. Biasalah internet akukan suka gurau kasar dengan aku.


Suka main cak cak ciku lepuk cak!


So aku loadinglah balik page tu. Fulamak aih... Nak tau apa yang ada dekat skrin aku waktu tu? Tengok video kat bawah ni sat.






Hohoho.. Mungkin aku yang over excited tapi memang comel bagi aku. Aiseh.


Kuat pulak bunyi radio aku tu.


Oh... kalau korang nak tau blog siapa aku boleh bagi tau. Pfftt....


Yura Yu - http://thoseroadsnottaken.blogspot.my/













Ke aku yang baru tahu ni? *tutup muka. menyorok belakang tiang*


Sayonara.

Tuesday, 28 June 2016

Fuh... Kof Kof

Assalamualaikum.


Maaf. Saya baru nak buat intro tapi dah terbatuk-batuk pula. Mungkin sebab banyak sawang rasanya.


Hrmm... Apa yang patut aku tulis hari ini? Adeh.. Tak ada topiklah. Tapi kalau nak diikutkan tak ada topik, sampai bila-bilapun belum tentu aku dapat menulis.


Ehem. Ayat di atas merupakan masalah yang sering membelenggu diri aku. Aku memang tabik spring toink toink dekat sifu blogger yang boleh selalu hapdet blog.


Sedangkan aku. Nak buat blogwalkingpun tersemput-semput dek kemalasan dan kerajinan. Apakah itu?


Kemalasan nak berblogwalking dan kerajinan melayan manga.


Btw, sem paling sibuk sepanjang 3 sem membuatkan aku rasa tak selesa. Rasa tak cukup oksigen. Selalu sakit kepala.


Good luck to me. Good luck to you.


Sayonara.

Saturday, 18 June 2016

Menangis Itu Nikmat

Assalamualaikum.


Kawan. Aku nak cakap dekat kau satu benda.


Kalau kau rasa nak menangis, menangislah. Tak perlu kau menangis depan semua orang untuk kau menangis. Cukup kau dan Dia.


Memang dah cukup.


Sebab kau tak pernah tahu bila kau dah tak boleh menangis.


Waktu tu kau rasa hati kau keras sangat. Rasa ada benda yang tak settle dalam diri kau sendiri. Kau cari jawapan tapi tak jumpa.


Bila kau paksa menangis, hanya setitis sahaja yang keluar. Tak puas nak menangis.


Aku tak tahu. Mungkin kau terlalu pendam perasaan ataupun kau dah banyak menangis.


Tapi selagi kau boleh menangis. Menangislah. Sebab menangis juga nikmat daripada Dia.


Bersyukurlah.


Sayonara.

Monday, 6 June 2016

Tips Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.


Yo! Bagaimanakah dengan puasa hari pertama anda? Adakah anda masih bersemangat ataupun telah semput termengah-mengah?


Oh, tidak lupa saya menaip supaya segala ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah. Amiinn :)


Hari ini hari pertama puasa dan aku dah ter'miss' sahur. Huhuhuhu. The moral of the story jangan nak tunggu pukul 3 pagi baru nak tidur.


Waktu berbukapun terasa sunyi je bila ibu aku tak ada. Selalunya waktu berbuka ibu akulah yang semangat jerit suruh duduk dekat meja time berbuka. Dialah yang senduk lauk semua. I miss her. Semoga roh ibu aku ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amiinn.


Okay.


Sekarang berbalik kepada tajuk asal :)


Sebenarnya info yang aku mempunyai bilangan khatam untuk sekali, dua kali dan tiga kali khatam Al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini.


Untuk sekali khatam, kita bolehlah membaca sebanyak empat muka surat Al-Quran setiap kali selepas solat.


Untuk dua kali khatam, sebanyak 8 muka surat al-Quran dibaca selepas solat.

Akhir sekali, kepada sesiapa yang hendak khatam sebanyak tiga kali bolehlah membaca al-Quran sebanyak 12 muka surat selepas solat.


Kepada yang tidak pandai membaca al-Quran, marilah kita bersama-sama membaca tafsir al-Quran  Ataupun menyelak helaian al-Quran.


In Shaa Allah. Bulan ini bulan mulia :)


Sayonara.

Monday, 30 May 2016

7 Perkara Yang Perlu Ada Dalam 'Senarai Semak Resume' Untuk Temuduga

Assalamualaikum.


Mungkin ada yang tengah menyiapkan resume untuk temuduga kerjakan? Okay, kali ini aku akan kongsikan 7 senarai checklist yang perlu ada dalam resume anda.




Good luck !

Wednesday, 16 March 2016

Will you... Marry?

Salam.


Ini entri khas buat manusia gedik lagi gatal.


Hahaha tak adalah gurau sahaja. Harap jangan ada yang dah gigit jari baca ayat di atas sebab terasa. *gelak kuat*


Tadi aku belek-belek telegram. Dah lama sangat aku tak bukak. Ada yang notification dah sampai beratus. Kejap. Seribu lebihpun ada,


Okay. Bukan isu itu yang aku nak kecoh.


Entah macam mana aku boleh tertekan satu group. Dah alang-alang tu aku baca jelah. Scroll punya scroll ada satu entri penulis tersebut yang aku tertarik.


"Will you marry you?"


Hrmm... Apa maksudnya?


Selalunya orang akan kata "will you marry me?". Bukannya "will you marry you?"


Sebenarnya, ayat tersebut nak tanya kita, adakah kita sanggup nak berkahwin dengan orang yang sama perangai dengan kita. Atau dengan kata lain, berkahwin dengan orang yang seolah-olah refleksi diri kita sendiri.


Deep?


Andai kata aku degil, keras kepala dan kuat mengamuk... Berkahwin dengan seseorang yang sama perangai dengan aku. Erk.


Apa akan jadi eh?


Ataupun aku ni jenis kuat mengata. Tiba-tiba dapat suami yang kaki umpat jugak.. Ehem. Mungkin welkem to da klab lah jawapannya.


Dari sisi yang lain, aku mungkin seorang yang kuat menangis. Tak boleh nak handle masalah sendiri dan asyik kena bantuan. Dan aku dapat orang yang berperangai macam tu jugak. Berkemungkinan aku stress tengok 'si dia' dan 'si dia' pun mungkin stress tengok aku jugak.


Patutlah aku selalu jumpa dengan pasangan yang masing-masing ibarat kutub utara dengan kutub selatan. Jauh beza. Dengan sikap macam tu, kehidupan mereka ibarat kepingan puzzle yang saling melengkapi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya. Saling melengkapi walaupun yang sebenarnya kepingan puzzle itu daripada dua puzzle yang berlainan. Hahaha.


Marry Me - Mark Adam.

Sayonara.

Tuesday, 15 March 2016

Salah 'timing'

Salam,

Kenapalah setiap kali aku nak buat kerja kursus, waktu itu jugak baru aku dapat ilham nak tulis cerpen?

Kenapa eh?

Nampak sangat aku malas nak buat kerja kursus. Sedangkan lepas cuti sekolah nanti aku kena buat presentation kerja kursus.

Hahaha... -/\-



Mungkin korang boleh bagi aku apa-apa idea untuk aku tulis dalam entri seterusnya. Soalan, topik atau apa-apa saja. Boleh komen dekat sini.. atau cbox... atau korangpun malas nak taip...? -[x]-


Sayonara.

Followers