My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Sunday 3 July 2016

Win - Win

Assalamualaikum.


Darjah Satu


Hari tu aku ingat lagi. Setiap Jumaat mesti ada kelas PJ aka Pendidikan Jasmani. Satu hari kawan, Fazreen bagitahu dekat aku.


"Aku tengok tv. Kaji cuaca kata petang ni hujan." 


Waktu ni aku kecik lagi lagi Nerd. Jadi aku bangkang.


"Hujan semua Allah tentukan. Bukannya tv tu." Hahahaha bajet alim weh :3


Bertekak kejaplah kitorang waktu tu. Bila sampai waktu PJ haripun tak hujan. Hidung akupun nak kembanglah. Seronoklah sebab aku sokong hari tak hujan waktu tu.


Sekali tiba-tiba....


"Semua masuk kelas balik! Hujan turun!"


Dem!


Takpelah Fazreen. Aku kata tak hujan. Memang awal waktu PJ tak hujan. Dia kata hujan and at the end memang hujan.


So... kita win-win ye Fazreen *flying kiss*


Sayonara.

No comments:

Post a Comment

Followers