My status

 Keep running till the end of your journey ! 
Showing posts with label pra-u. Show all posts
Showing posts with label pra-u. Show all posts

Sunday, 24 July 2016

Life Budak Stpm

Assalamualaikum.


Akhirnya aku curi masa untuk menaip. Haih. Rindu betul aku dekat belog aku ni.


Okay. Life as a student... Fuh. Aku rasa sem 3 ni paling mencabar untuk aku sebab ada tiga kerja kursus. Nak-nak lagi yang ambik subjek seni. Rasa nak meraung. Hari-hari kena melukis.


Kepada yang dok kata seni ni kacang. Alahai... Meh aku nak pelangkung kepala siapa yang cakap macam tu. Memanglah seni ni melukis je. Tapi kena spend time banyak untuk menyiapkan lukisan. Dan macam kerja kursus lain jugak sebab ada date line untuk satu-satu tahap nak siapkan kerja kursus,


Idea nak melukis ni pun aku dah tak tau nak cekup dekat mana. Susah weh. Nak-nak lagi cikgu tumpukan dekat budak-budak yang agak lemah bab lukisan. Aku pulak yang rasa kekurangan kasih sayang *kuis-kuis kaki*


Hari rabu ni pulak ada jamuan untuk student seni dekat sekolah aku. Sebab nak merapatkan ukhuwah antara senior dan junior. Bukannya apa, student junior tahun ni aku tengok semuanya aktif sangat. Aku pulak rasa tercabar kecut *batuk*.


Oh man.. tiba-tiba teringat pulak hari selasa ni ada test run untuk aktiviti sekolah aku bulan depan nanti. Mummyy....


-tukar topik-


Kerja Ekonomi pulak agak extra rileks. Cikgu cuma kata buat kk. Aku tak buat apa-apapun. Bukak laptop dalam kelas tapi buat kerja lain. Sampailah....


Sampailah cikgu kata dia nak check kerja kursus kami minggu ni. Hoh! *semput* Harap-harap dengan kuasa supercatwoman aku boleh menyiapkan dengan jayanya hari ini.


Tapi berlainan dengan kerja kursus BM. Sebab cikgu rajin check. Hari yang paling dem bagi kerja kursus bm bila dalam ahli kumpulan seorang pun tak ada yang bawak laptop. Eh itu bukan kumpulan aku. Itu kumpulan orang lain. Aku rajin bawak laptop tau. Cuma malas nak menulis kerja kursus tu je. Dusyummm~!





Aku ni bila dah stress bukannya reti nak hadap kerja kursus yang berlambak-lambak. Nak tau aku buat apa? Aku pergi lukis gambar budak kelas aku. Sental dapur. Susun barang. Tidur. Oh tak lupa lagi satu- menghadap blog.


Hahahaha.


Nasihat ikhlas aku kepada para junior, janganlah korang gatal nak repeat banyak subject kalau dah result tu okay. Jangan jadi macam saya. Eh jap. Ada ke junior yang baca blog aku ni? Eh- eh. Biarlah aku blah dulu.


Aku harap aku dapat menulis dengan topik yang lagi okay. Entahlah rasa belakangan ni otak makin berkarat. Tak tahu nak tulis apa.


Aku juga berharap dapat menulis dalam masa terdekat.


Dan aku juga berharap... Oi siapa nak baling mercun ke aku tu. Taulah baki raya hari tu. Yelah aku blahlah.


Bye~!


Sayonara.

Thursday, 14 July 2016

Gaya Ultraman

Assalamualaikum.


Fuh. Dari aku tingkatan satu sampailah tingkatan enam ni ada satu benda yang aku tak suka. Tapi aku kena hadapi setiap tahun jugak.


Tangkap gambar.


Huaaaa! Aku paling tak suka bila freestyle.


Tadi budak-budak kelas aku semua bising. "Weh freestyle macam mana? Jom fikir!". Aku pulak fikir... Aduh menyampah betullah.


"Weh. Kita buat gaya tangan ke kiri kalau yang dekat bahagian kiri. Kalau kat kanan buat tangan ke kanan." Boleh bayangkan tak? Sorrylah sebab aku malas nak lukis gaya tu. Aku dah rasa... Allah! Nak jugak buat gaya macam ultraman tu _,_


Tapi macam biasalah. Bila dah depan kamera mulalah macam-macam pe'el. Ada yang tak buat. Aku terpaksa buat. Dan masih kena bahan.


Sampai sekarang aku tak download lagi gambar-gambar pose dalam whatsapp. Tak sanggup aku nak tengok *gelak*


Cis. Erm. Kau suka tak bergambar freestyle?


Sayonara. 

Friday, 1 July 2016

Tidurlah. Jangan Kantoi !

Assalamualaikum.


Pfftt... Macam pelik je tajuk aku ni. Hahaha.


Ehem. *betul baju berkedut*


Siapa tak pernah tak tidur dekat sekolah? Hello plizzlah. Mesti semua pernahkan?


Betul tak?


Aku sendiri memang rajin tidur dekat sekolah. Virus yang bernama 'Kemengantukkan' akan berlaku tidak kira sama ada cikgu ada ataupun tidak dekat kelas. Asalkan aura sekolah itu ada. Maka virus ini kebiasaannya akan mula menular dengan pantas dalam nerve-nerve seluruh badan.


Sangat bahaya. *geleng-geleng kepala. muka sedih*


Malangnya saya sendiri masih belum dapat menghasilkan antidot bagi menghalang virus ini daripada terus menyerang kepada students seantero .. Erm. Seantero Malaysia mungkin?


Kui kui kui.


Jadi saya sebagai Professorlah Keikiut ingin menjalankan kaji selidik. Selalunya korang tidur cara macam mana dekat sekolah?


Aku?


Ehem. Sila lihat rajah di bawah. *batuk*





Ohoi. Aku selalunya kalau cikgu tak ada aku tidur macam nombor 4.


Tapi bila cikgu aku ada.. Aku akan lebih sopan. Selalunya nombor 5. Hahaha. Aku tidur sampai menulis weh. Kawan-kawan aku tengok je. Bila aku sedar tengok kertas... "Apa yang aku tulis ni weh?!"


Nombor 3 tu aku tidur bila cikgu bagi penjelasan. Selalunya waktu ni kepala aku akan terangguk-angguk macam faham sangat apa yang cikgu ajar. Tapi *tutup muka* kalau aku tertidur cara nombor 3 ni, aku akan tersedar bila kepala aku terangkat macam nombor 1 tu. Hahahaha.


Kadang-kadang nombor 6 tu cara aku tidur waktu cikgu round kelas.


Nampak sangat aku tak senonoh dekat sekolah. Pernah pulak aku tertidur macam tu depan semua budak lelaki kelas aku. Drop water face Ai. Uhuk.


Oh. Anda bagaimana?


Sayonara.

Wednesday, 8 June 2016

Sem 3

Assalamualaikum.


Nampaknya dah 3 Ramadhan berlalu.


Minggu depan mula sekolah balik. Urgh. Bila cakap pasal sekolah, aku rasa macam ada benda tak settle dalam hati aku.

Mungkin gambar harimau yang cikgu suruh aku cari, tapi aku tak cari lagi. Lagipun cikgu ada mintak tolong aku buat banner untuk pertandingan sekolah aku. Satu benda yang aku tak pernah buat.


Sejujurnya, aku rasa agak 'gabra' nak masuk sem tiga ni.


Bagaimana dengan anda wahai pelajar upper six?


Sayonara.

Wednesday, 25 May 2016

Selesai STPM P2

Assalamualaikum.







Semalam hari terakhir peperiksaan STPM .


Lega?


Aku rasa tak lega langsung sebab aku paling takut paper seni.
Heh, seni?


FYI, seni untuk sem 2 hanya melukis. Dalam peperiksaan 3 jam sahaja masa diberikan untuk melukis.


Aku rasa aku tak melukis dengan baik semalam. Biasalah exam seni petang. Moodpun dah ke laut tengok budak-budak yang exam sejarah ataupun kimia (tak salah aku) semua dah balik. Siap gelakkan budak-budak seni sebab kena balik pukul lima.


Sampai hati betul.


Semalam soalan seni berkait dengan pengkaryaan. Maksudnya cuma kena lukis apa yang kita nampak.


Keyword dia : nampak.


Sangat masalah bagi aku disebabkan soalan tu suruh lukis dari satu sudut je. Aku terpaksa ke belakang dan aku tak berapa nak nampak.


Paper lain aku rasa okaylah sebab soalan semua agak senang. Tapi kalau soalan senang, cuak pulak dengan jawapan skema. Takut jawapan aku tak sama dengan skema jawapan.


Apa-apapun aku paling takut dengan keputusan paper seni aku.


Doakan aku.


Sayonara.


Saturday, 20 February 2016

Keputusan STPM P1

Salam.


Keputusan STPM P1 dah keluar hari khamis yang lalu. Keputusan aku okay-okay je. Tak teruk sangat tapi taklah segempak manapun.




Kiranya alhamdulillah result aku ni. Cuma dapat 3.0 pointer je.


Apa-apapun subjek seni memang aku kena repeat. Pengajian Am pulak masih dalam pertimbangan lagi.



BTW, Tomodachi... tahniah dengan result anda *tepuk tangan*


Sayonara.

Followers