My status

 Keep running till the end of your journey ! 
Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Monday, 14 March 2016

Setelah Dia Pergi.

Salam,


Sebagai anak tunggal yang sangat rapat dengan ibu, aku tak pasti sama ada orang boleh memahami apa yang aku rasa. Mungkin ada orang yang sudi mendengar kisah masalah kita, tapi itu tak bererti orang tersebut akan memahami diri kita.


Selepas ibu aku dah meninggal... Ramai orang yang tanya "Kau okay?"


Setiap kali soalan itu ditujukan dekat aku, aku akan terfikir ' aku okay ke? Seriuslah weh aku tak okay.'


Tapi aku cuma boleh tersenyum, angguk kepala dan kata... "Aku okay."


Fake?


Aku bukannya nak jadi penipu walaupun secara teknikalnya aku dah menipu orang sekaligus menipu diri aku sendiri. Mungkin sebab selama ini aku sebagai anak tunggal, hanya ibu seorang sahaja yang memahami aku. Tapi sekarang dia dah tak ada.


Tapi selain daripada itu, aku cuba kongsikan melalui penulisan. Dan bloglah antara medium yang aku gunakan untuk menulis selain daripada diari aku.


Waktu kali pertama ibu aku nazak tahun lepas, aku masih tak dapat lupakan apa yang aku dah rasakan. Perasaan pengharapan yang sangat kuat sampaikan kau boleh rasakan lututkau lemah tak sanggup nak berdiri. Mungkin sebab waktu itu masih ada harapan dan aku rasa sangat-sangat sedih sebab aku tak pasti ibu aku boleh meneruskan hidup ataupun tidak. Dan akhirnya dia diberikan peluang kedua pada waktu itu.


Bukan peluang untuk dia sahaja, malahan untuk aku juga.


Tapi bila kali ini, dia dah pergi. Aku tahu dia pergi tak akan pernah kembali lagi. Aku rasa kosong. Aku lupa. Secara automatiknya aku lupa segala cerita yang dia pernah ceritakan pada aku. Aku lupa suara dia. Aku lupa semuanya.


Satu perasaan yang aku tak pandai nak bagitahu dalam bentuk ayat.


Walau apapun, masa berlalu bergerak. Perasaan kosong masih tetap kosong. Semangat yang hilang masih belum kembali. Tetapi perasaan nostalgia akan tetap merantai aku.


Mungkin orang tengok aku dah kembali okay. Ceria. Gelak. Kuat bercakap. Tapi mereka tak tahu aku sedang bayangkan yang aku bersama-sama dia. Semua benda yang aku buat, dia masih bersama-sama dengan aku.


Dia insan yang sangat... sangat... sangat rapat dengan aku. Bagi aku sangat kejam kalau orang lihat aku macam dah lupakan semuanya sedangkan mereka tak tahu apa yang aku rasakan.


Aku cuma membuatkan semuanya kembali normal sama seperti waktu ibu aku masih ada sebab aku masih mahu merasakan kehadirannya.


You. You are hurting me by your words. Are you trying to kill me? Do you realise that? 

Sayonara.

Monday, 15 February 2016

I Miss My Mom.

Salam.


Aku masih tiada mood untuk update apa-apa lagi. Tapi kali ini aku cuma nak menulis kisah sebahagian daripada hidup aku.


Pada khamis lepas, ibu aku dah pulang ke rahmatullah. Pulang ke tempat yang abadi setelah menanggung sakit sejak ogos yang lalu.


Dia yang sangat rapat dengan aku. Dialah yang sangat-sangat aku sayangi. Kini dia cuma dalam memori aku. Dan mungkin muncul dalam mimpi aku.


Aku tak pandai nak tunjukkan perasaan sedih aku. Sebab aku masih dapat rasakan kehadirannya yang masih ada di sisi aku. Seolah-olah dia masih lagi hidup. Ya, dia masih hidup. Dia mati untuk dunia yang sementara ini dan kekal di sana.




Bagaimana aku nak anggap dia telah tiada,
jika aku anggap ini semua mimpi.

Bagaimana aku nak sedih,
jika aku rasa dia mengelap pipi aku.

Bagaimana aku nak sunyi,
jika aku terdengar dia memanggil aku.

Bagaimana aku nak tunjukkan apa yang aku rasa,
kalau hanya hati aku yang mampu berkata-kata.




Sembilan belas tahun ibu aku dipinjamkan kepada aku. Lima puluh lima tahun dia dipinjamkan untu hidup di atas dunia yang sementara.


Semoga ibu aku diampunkan segala dosa-dosanya. Semoga ibu ditempatkan di sisi orang yang beriman.


Al-fatihah.

Followers