My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Wednesday 25 May 2016

Selesai STPM P2

Assalamualaikum.







Semalam hari terakhir peperiksaan STPM .


Lega?


Aku rasa tak lega langsung sebab aku paling takut paper seni.
Heh, seni?


FYI, seni untuk sem 2 hanya melukis. Dalam peperiksaan 3 jam sahaja masa diberikan untuk melukis.


Aku rasa aku tak melukis dengan baik semalam. Biasalah exam seni petang. Moodpun dah ke laut tengok budak-budak yang exam sejarah ataupun kimia (tak salah aku) semua dah balik. Siap gelakkan budak-budak seni sebab kena balik pukul lima.


Sampai hati betul.


Semalam soalan seni berkait dengan pengkaryaan. Maksudnya cuma kena lukis apa yang kita nampak.


Keyword dia : nampak.


Sangat masalah bagi aku disebabkan soalan tu suruh lukis dari satu sudut je. Aku terpaksa ke belakang dan aku tak berapa nak nampak.


Paper lain aku rasa okaylah sebab soalan semua agak senang. Tapi kalau soalan senang, cuak pulak dengan jawapan skema. Takut jawapan aku tak sama dengan skema jawapan.


Apa-apapun aku paling takut dengan keputusan paper seni aku.


Doakan aku.


Sayonara.


6 comments:

  1. in shaa Allah dapat result gempak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn, in shaa allah you too beb. macam mana exam?

      Delete
  2. seni? lukis? kat sekolah kitorang dulu tak ada subject seni . dgr mcm susah je. lagi2 nak melukis. lepas ni bolehlah relax sikit kan :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. relax sikit? rasanya tak.
      jap. mungkin relax time cuti ni. Tapi ingatkan nak kemas rumah.
      urm.
      tak relax rasanya. hahahaha. xD

      Delete
  3. good luck konves. Lukis baju kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju, baldi, botol sabun baju n seluar.

      geram rasa macam nak jadi hulk T.T

      sob sob sob

      Delete

Followers