Selamat bercuti to alls kaum budak sekolah. Tak kisahlah sama ada sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pra-u sekalipun.
Ehem. Tak salah aku ada jugak budak U tengah cuti sem kan? Kalau betul- selamat bercuti. Kalau salah- selamat tak bercuti. *angkat ibu jari*
Hidup aku sebagai anak tunggal memang tak pernah berenggang dengan ibu aku dulu. Dialah satu-satunya yang fahami aku dan paling rapat dengan aku memandangkan aku memang tak ada ramai kawan.
![]() |
Yang pakai skirt tu chinese. Tapi dekat junior mengaku nama Siti Atikah. Cis. |
Sebelum ni memang ramai orang tanya aku soalan yang sama.
"Kau duduk sorang-sorang dekat rumah tak boring ke?"
"Tak adalah. Macam-macam aku buat."
Tapi itu waktu ibu aku masih ada. Nampaknya kehadiran dia, walaupun aku tak buat apa-apa aktiviti dengan dia, membuatkan hidup aku tak rasa kosong.
Lepas habis je exam hari selasa lepas, aku terus tak datang sekolah. Maknanya aku dah bercuti selama 6 hari. OMG !
Hari ini aku rasa nak hantuk kepala aku dekat dinding sebab rasa bosan sangat.
Okay aku terus bagitahulah apa lima aktiviti cuti sekolah aku.
- First - Masak.
Dulu aku memang tak pandai masak. Sejak ibu aku sakit, aku terus belajar masak. Bila cuti macam ni, aku selalu ketandusan idea nak masak lauk apa. Ayah aku suka ayam je sampai aku dah muak nak masak ayam. Tapi aku tetap masak sebab aku nak ikut macam ibu aku. Biasanya kami memang teramat jarang beli lauk siap.
Btw, lauk ibu memang the best. Sekarang aku memang jeles bila scroll whatsapp, wechat atau fb bila ada kawan-kawan aku share mak dorang masak.
- Second - Tengok tv
Huhuhu... waktu exam week hari tu memang aku banned kan diri aku daripada tengok tv. Kecuali tv3 pukul 7. Ehem.
Sekarang ni aku tengok tv8 dari 8.30 sampai 10.30 malam. Ada siapa-siapa yang tengok tak?
- Third - Online
Wechat.
Whatsapp.
Facebook.
Blog.
Instagram.
Manga here.
Those are my social media. Ada lagi tapi tak berapa sangat aku layan. Hahahaha.
- Fourth - Baca buku
Aku berazam nak habiskan semua buku yang aku beli dekat PBAKL.
Malangnya.
Buku Catatan Mat Luthfi yang aku beli pada 4 Julai 2015 di Aeon Wangsa Maju masih on the way.
- Fifth - Special edition.
Tidur. *krohhh krohhh*
Sayonara.