My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Monday 15 February 2016

I Miss My Mom.

Salam.


Aku masih tiada mood untuk update apa-apa lagi. Tapi kali ini aku cuma nak menulis kisah sebahagian daripada hidup aku.


Pada khamis lepas, ibu aku dah pulang ke rahmatullah. Pulang ke tempat yang abadi setelah menanggung sakit sejak ogos yang lalu.


Dia yang sangat rapat dengan aku. Dialah yang sangat-sangat aku sayangi. Kini dia cuma dalam memori aku. Dan mungkin muncul dalam mimpi aku.


Aku tak pandai nak tunjukkan perasaan sedih aku. Sebab aku masih dapat rasakan kehadirannya yang masih ada di sisi aku. Seolah-olah dia masih lagi hidup. Ya, dia masih hidup. Dia mati untuk dunia yang sementara ini dan kekal di sana.




Bagaimana aku nak anggap dia telah tiada,
jika aku anggap ini semua mimpi.

Bagaimana aku nak sedih,
jika aku rasa dia mengelap pipi aku.

Bagaimana aku nak sunyi,
jika aku terdengar dia memanggil aku.

Bagaimana aku nak tunjukkan apa yang aku rasa,
kalau hanya hati aku yang mampu berkata-kata.




Sembilan belas tahun ibu aku dipinjamkan kepada aku. Lima puluh lima tahun dia dipinjamkan untu hidup di atas dunia yang sementara.


Semoga ibu aku diampunkan segala dosa-dosanya. Semoga ibu ditempatkan di sisi orang yang beriman.


Al-fatihah.

8 comments:

  1. Al Fatihah.Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.Tabah ye Kei dan keluarga.Semua yang hidup pasti akan kembali kepadaNya ,Cepat atau lambat je.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah.
    Amin. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  3. assalam, semoga diri lebih tabah dan sabar dalam kehidupan.
    semoga arwah ditempatkan dalam syurga firdaus
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. semoga ibu kei berbahagia didunia sana.
    sodihnya...T^T

    ReplyDelete

Followers