My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Tuesday, 5 July 2016

Malam Syawal

Assalamualaikum.


Syawal menjelma lagi. Dan tahun ini Syawal yang sunyi bagi aku. Orang kata aku gembira. Tapi mereka tak tahu apa yang aku rasa.


Walaupun aku rasa sakit. Tapi aku tak kisah. Sebab salah faham ini bagus kerana mereka berasa gembira jika mereka merasakan aku gembira.


Walaupun dah nak masuk 5 bulan dia tiada di sisi aku. Tapi aku tetap rasa kosong. Sunyi. Kadang-kadang cakap sorang-sorang macam orang bodoh.


Urgh.


Maafkan aku dah melalut.


Selamat hari raya aidilfitri. Semoga raya kalian penuh kegembiraan :)


Sayonara,

Monday, 4 July 2016

Menangis Itu Nikmat II

Sambungan*


Assalamualaikum.


Aku baru terfikirkan satu konklusi. Kenapa kita terlalu menangis sampai satu tahap kita dah tak boleh menangis.


Tapi selepas beberapa hari atau beberapa minggu kemudian baru kita boleh menangis balik.


Aku rasa kerana Dia.


Dia tengok kita terlampau menangis sampai jiwa jadi terlampau lemah. Diri menjadi rapuh. Jiwa menjadi sakit.


Jadi Dia ambik sekejap tangisan itu. Bagi kita satu tempoh untuk kita bertenang walaupun dalam kekacauan dan berperang dengan diri sendiri.


Mungkin Dia nak kita berfikir. Berfikir dengan lebih dalam waktu itu. Sebab kita akan mencari jawapan kepada soalan yang kita sendiri tak tahu.


Dan apabila dia pulangkan tangisan semula. Tanpa kita sedar kita disisipkan kekuatan di sebalik tangisan itu.


Entahlah.


Ini cuma pendapat sementara aku.


Mungkin akan berubah pada hari besok.


Sesungguhnya kita hanya hamba-Nya yang lemah. Hanya daripada-Nya kita meminjam kekuatan untuk menempuh kehidupan..


Aku mungkin bukan manusia yang terbaik untuk bercakap kata-kata itu, Tapi dalam masa yang sama, aku mungkin berharap ada orang yang bercakap sebegitu.


Sayonara.

Sunday, 3 July 2016

Dilwale Raya ke 5

Assalamualaikum.


Haa... tau tak nanti Dilwale main dekat tv 3 raya ke-5 nanti? Ahaks. Aku tak tengok lagi cerita ni tau. Jadi aku rasa bertuah. *gelak jahat*


Bayangkan. Ramai kawan-kawan aku dah tengok cerita ni. Tapi bila aku suruh cerita... Depa semua suruh aku tengok sendiri. Cis.


Aku ada seorang kawan. Dia ni memang asal India dan study sama kelas dengan aku. Dia memang suka sangat dengan movie ni. Waktu demam lagu Dilwale, hari-hari dia main lagu movie ni dekat kelas seni. Aku pulak yang  muak dengar waktu tu. Sebab pergi mana-mana mesti main lagu 'Geroa' (?).


Baru ni aku bagitau dia "Weh raya ni Dilwale main dekat tv."


Dia buat muka terkejut. "Awak tak tengok lagi ke?"


Akupun jawablah "Belum. Dah aku tama semua orang apa story movie ni, sorangpun tak nak bagitau. Termasuk kaulah."


Dia menjawablah pulak! "Oh ending tu diorang kahwin :3 "















Spoil weh! Spoil! Dah nak main dekat tv. Baru nak bagi tau apa endingnya. Aku rasa tahap kegeraman aku ni dah petala kuasa mega dekat dia ni.


Tsk!


Sayonara.

Followers