My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Saturday 20 February 2016

Keputusan STPM P1

Salam.


Keputusan STPM P1 dah keluar hari khamis yang lalu. Keputusan aku okay-okay je. Tak teruk sangat tapi taklah segempak manapun.




Kiranya alhamdulillah result aku ni. Cuma dapat 3.0 pointer je.


Apa-apapun subjek seni memang aku kena repeat. Pengajian Am pulak masih dalam pertimbangan lagi.



BTW, Tomodachi... tahniah dengan result anda *tepuk tangan*


Sayonara.

Monday 15 February 2016

I Miss My Mom.

Salam.


Aku masih tiada mood untuk update apa-apa lagi. Tapi kali ini aku cuma nak menulis kisah sebahagian daripada hidup aku.


Pada khamis lepas, ibu aku dah pulang ke rahmatullah. Pulang ke tempat yang abadi setelah menanggung sakit sejak ogos yang lalu.


Dia yang sangat rapat dengan aku. Dialah yang sangat-sangat aku sayangi. Kini dia cuma dalam memori aku. Dan mungkin muncul dalam mimpi aku.


Aku tak pandai nak tunjukkan perasaan sedih aku. Sebab aku masih dapat rasakan kehadirannya yang masih ada di sisi aku. Seolah-olah dia masih lagi hidup. Ya, dia masih hidup. Dia mati untuk dunia yang sementara ini dan kekal di sana.




Bagaimana aku nak anggap dia telah tiada,
jika aku anggap ini semua mimpi.

Bagaimana aku nak sedih,
jika aku rasa dia mengelap pipi aku.

Bagaimana aku nak sunyi,
jika aku terdengar dia memanggil aku.

Bagaimana aku nak tunjukkan apa yang aku rasa,
kalau hanya hati aku yang mampu berkata-kata.




Sembilan belas tahun ibu aku dipinjamkan kepada aku. Lima puluh lima tahun dia dipinjamkan untu hidup di atas dunia yang sementara.


Semoga ibu aku diampunkan segala dosa-dosanya. Semoga ibu ditempatkan di sisi orang yang beriman.


Al-fatihah.

Tuesday 9 February 2016

Game yang boleh Selfie.

Salam.


Aku cuma tahu satu game ni yang boleh selfie sekali. Game lain aku tak tahu. Kalau ada game yang best, boleh dicadangkan dekat aku nanti.


Habbo.


Pernah dengar tak nama game tu? Sebenarnya aku dah lama main game ni. Kali terakhir aku rancak main Habbo rasanya dalam tingkatan tiga atau empat. Lepastu aku bukak akaun dan tak main.


Baru-baru ni aku mula main balik. Best jugak bila main game Habbo ni. Dari semalam aku nak cuba selfiekan karakter aku dari semalam tapi tadi baru menjadi. Hehehehe.



Habbo karakter aku. Ala-ala boyish.





















Sekejap,


Ada ke yang blur tak faham apa yang aku cakap game Habbo dari tadi? Biar aku terangkan sikit.

Habbo ni game karakter ala-ala dekat hotel. Karakter tu dapat satu bilik yang boleh letak apa-apa perabot. Lepas tu karakter yang kau pakai tu boleh pakai macam-macam pakaian. Itupun tengoklah kalau kau daftar jadi HC club.


Sesiapa yang main Habbo bolehlah cari id aku :


Kei_Konves


Untuk mendaftar game Habbo, boleh diklik mana-mana perkataan Habbo di entri ini :)

Sayonara.

Another.

Salam.


"Another" yang aku maksudkan langsung tak ada kena mengena dengan manga Another dekat Jepun tu.


Another ialah nama blog baru aku yang dikhaskan hanya untuk aku join segmen atau giveaway sahaja. Aku baru je buat tadi. Hahaha. Kalau ada masa bolehlah follow Another :)



 This is my 'another' blog.
This is my 'another' blog.














Kenapa aku rasa Another ni lagi cun daripada Entiti ? Huh.


Sayonara.

Monday 8 February 2016

Budak Kasut Konves.

Aku ni bukan layak nak digelarkan budak dah. Cuma masih ada tempoh masa selama setahun tiga bulan sebelum aku mula mencecah umur dua puluh tahun. Rasa macam sayang pulak nak tinggalkan umur belasan ni.


Kau boleh panggil aku dengan panggilan Kei. Pendek dan comel kan nama tu?


Aku masih lagi belajar. Menyambung pelajaran menjadi salah seorang pelajar tingkatan enam rasanya bukannya sesuatu yang mudah bagi aku. Terlampau banyak benda yang perlu belajar lagi.


Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku menulis blog. Aku dah mula belajar menulis di blog sejak aku dapat netbook percuma semasa aku berada di tingkatan dua dulu. Aku sendiripun dah tak ingat ini blog aku yang keberapa.



Moga-moga jodoh aku dengan blog ni kuat. Tak pernah lagi blog aku sempat sambut ulang tahun pertama dah hilang ke laut. [ToT]

Sayonara.

Followers